Sunday 27 February 2011

hari ini terkurung dalam bilik

Bismillahirrahmanirrahim......

Pertama kali tulis dalam blog sendiri....yelah, baru je siap tadi....
hari ini, suamiku oncall di hospital...aku sebagai teman je di bilik oncall...
aku tak mahu menyusahkan suamiku pada keesokan harinya utk datang ke rumah ambik aku utk pergi kerja...biarlah aku terus bersiap kat hospital, esok terus bersiap pergi kerja....(tempat yang sama je)

Tapi hari ini aku berkurung dalam bilik ni dengan anak sulongku....yelah, hari minggu, aku dah tak kerja jadi aku kena jaga anakku yang satu ini. Esok, suamiku balik kerja pagi jadi teruslah hantar anak pergi rumah pengasuh terus....kerana aku tahu suamiku pasti ada rancangan kalo dapat PM off or AM off....

Pengurungan diri kami ini bukanlah sia-sia....masa yang ada dihabiskan dengan buat banyak perkara yang tergendala yang tak dapat disettlekan semasa weekdays.....belanjawan bulan depan, perancangan bulan depan dan sebagainya....

Dalam masa yang sama....aku dapat tubuhkan blog ini....boleh la aku berkongsi pengalaman dan ilmu yang aku dapat kepada masyarakat....aku suka....

oklah...hari dah malam....esok kerja jadi kenalah tidur secukupnya....seperti pakar motivasi cakap dala kursus yang aku hadiri minggu lepas, tidur kurang 7 jam, akan mati cepat (ni bahasa kasarnya)....maknanya tidur yang kurang dari 7 jam sehari akan menyebabkan masalah jantung.....nanti aku akan kongsikan info tentang tidur dalam post akan datang....


Pandang al-quran je pun boleh mendatangkan pahala