Tuesday 19 July 2011

chicken pox, ujian Allah

assalamualaikum....

setelah sekian lama diri ini myibukkan diri dengan urusan keluarga dan kerja.....sekarang terpaksa bersendirian tanpa anak2 di sisi kerana aku pula yang dijangkiti chicken pox....nasib baik suami da kene, jadi taklah aku kesunyian sangat.....lagipun laptop ni pun ada, jadi teman.....alhamdulillah....

Sejak suamiku kene chicken pox, aku sentiasa periksa diri sendiri samada ada ke rashes kat badan sendiri atau badan anak2.....bila suamiku da sembuh, aku still periksa diri dan anak2..

Satu hari tu, aku demam tetiba....nasib baik masa tu hari hujung minggu....maka aku tido je kat rumah.....aku tak pasti kenapa aku terlalu lemah....nak menyusukan anak pun terpaksa berbaring sampai aku tertido....nasib baik anakku tak meragam...aku kuatkan juga semangat supaya aku boleh g jemputan kahwin jiranku....lepas balik, aku tido lagi....last2 aku tak tahan, kutelan juga panadol 2 biji stat!....

Alhamdulillah...badanku kembali sihat....kuperiksa badanku samada ada rashes yang meragukan.....subhanaAllah....ada sebijik! vesicular rash...

camni la lebih kurang tapi sebijik je!

Aku terus meluru ke arah suamiku dan menangis......kene chicken pox......huhu
aku istighfar banyak2.....aku tahu segalanya ujian dari Allah....aku menangis kerana aku sedey terpaksa pisahkan anak2 dari ummi ayahnya....

subhanaAllah....bila ujian datang, tanda kasih sayang Allah pada hambaNya tak pernah hilang....segala yang berlaku ada hikmahnya......

Persoalannya....boleh ke aku breastfeeding lagi??....kesian anakku kalo tak dapat susu ibu anugerah Allah ini......aku bertanya pada yang lebih arif dan aku layari website yg ada....aku tak jumpa pun pernyataan yg mengatakan tak boleh bagi breastfeeding bagi ibu yang sedang menyusukan....yang penting kene jaga contact dengan air liur dan kulit kita dengan anak2.....

Ada website yg mengatakan, lebih baik breastfeedingkan baby kita daripada anak kita tak dapat antibodi yang ada dalam susu badan dan daripada kita menderita sakit sebab `engorgement' dan `mastitis'.....

bila aku dapat MC kerana chicken pox ni, aku banyak masa terluang di rumah....banyaklah masa utk aku dekatkan diri dengan Allah, bole study, bole online.....hehe...alhamdulillah...