Friday 6 May 2011

exhausted...

astaghfirullahal'azim.....

arini, aku terlalu exhausted emotionally.....physically....
aku tak tertahan lagi.....aku terlalu `makan hati'.....aku sangat2 tension.......
aku tak tahu dah nak cakap macam mana........
tapi aku tahu ini semua adalah nafsu amarah......
a'uzubillahiminassyaitanirrajiim........

Ya Allah....aku berlindung dgnMu dari syaitan yang direjam.....amiin

Tuesday 3 May 2011

beli rumah.....sewa rumah....

setelah sekian lama dok keja...keja...keja...sekarang, anak da masuk 2 org baru dok fikir (fikir yg serius) ttg rumah....aset penting bagi wanita yg berkeluarga especially....

aku nak ada rumah sendiri jugak....
since abis belajar (aku kahwin masa belajar) till sekarang, masih tak de rumah sendiri lagik....hanya berpindah randah cam org badwi...huhu....

bile teringin dok rumah 2 tingkat, sewa rumah dua tingkat...tapi sewa je lah....nk beli, masih tak mampu lagik....bila fikirkan ttg hutang yang berlambak...aku takut nak berhutang lagik...

aku still dok rumah tak de sofa, katil (tp sekarang da ada sebab aku ni tak leh tido kat lantai), almari pun yang 2nd hand punya (sebab kalo tak mampu angkut, tinggal je)...

Rumah idaman....tak nak yg bertingkat
nak ada ruang utk mini swimming pool
bilik tidur yang luas dan selesa

dapur yg lengkap dgn aksesorinya

nak ada ruang santai kat sudut rumah utk diskusi keluarga



ruang tamu untk para tetamu yang dimuliakan


sekarang ni, kami serius nak beli rumah....tapi kami kene fikirkan pro and cons untuk setiap pilihan...kami pilih untuk beli tapak then bina rumah idaman sendiri....insyaAllah.....sekarang kami da decide untuk menetap di selangor berdekatan dengan rumah ibubapa kami.....

so, kne cari tapak yang sesuai dan mula pilih design rumah.....
tapi sebelum rumah ini siap dibina, aku akan dok rumah sewa dulu....
InsyaAllah....mudah-mudahan kami dapat mencari rumahku syurgaku....dan aku harap kami mampu melangsaikan semua hutang2 kami sebelum kami pergi menghadap illahi.....aku mohon ya Allah...amiin

Monday 2 May 2011

hidup ini byk ragam orgnya..

Assalamualaikum........

alhamdulillah....segala puji-pujian yang layak hanya kepadaMu ya Allah.....sesungguhnya hamba ini hanyalah hambaMu yang kerdil lagi lemah.....tanpa petunjuk dan bimbingan dariMu, aku pasti akan sesat.....

Aku sering kali berasa tidak senang hati dengan org lain....knape? aku ingatkan mungkin kerana diriku yang masih lagi `kotor'.....aku cuba dan terus cuba untuk sabar dan berlapang dada, tapi ia bergelora dalam dada ini.....Allahuakbar....

Aku tahu perasaan yang tak baik ini datangnya dari syaitan iaitu musuh kita yang sebenar.....astaghfirullahal'azim.....aku cuba untuk tidak melepaskan nafsu amarah yang dipendam...

Setelah sekian lama, baru ku tahu rupanya setiap org ada masalahnya sendiri...mungkin oleh sebab masa lalu, persekitaran atau dirinya sendiri bermasalah......setelah aku mengetahui kelemahan yang seseorg itu hadapi, aku terus berlapang dada....aku terus maafkan dia....aku tidak mahu menambahkan masalah yang dia hadapi.....aku redha kerana mengenali org tersebut...hikmahnya adalah supaya aku bersyukur dan tidak memandang rendah org lain.....

Depress  


manic


psychotic
 di atas tu.....antara ragam manusia yang ada di dunia ni......

"Dan (ingatlah juga), tatkala Rabbmu mema’lumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni’mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."
Ibrahim : 7