Monday 28 March 2011

terkejutzzzzzzzzzz

Astaghfirullahal'azim.....aku jumpa kes yang kedua sepanjang aku jadi doktor.....

Seperti biasa, aku jaga JPL sekarang ni...yelah sarat mengandung....arini aku jumpa pesakit seorang remaja perempuan yang berbaju sekolah datang berjumpa aku.....dengan muka innocent, dia bagitau bahwa dia cirit-birit dan muntah.....baru je semalam....pastu asyik mengadu sakit perut....kat bahagian bawah...dia pun cakap, ada discharge....


Mulanya, aku ingatkan AGE biasa....bila dia cakap tentang discharge....aku terus tanya LMP (last menstrual period) dia...dia cakap bulan ni tak de lagi, biasanya pertengahan bulan....then, aku tanya bulan 2,pun takde.....huhu....aku dah suspect something.....aku tanya dia ada boyfriend tak?....dia sengih2....

Aku pun cakap, ok kita periksa air kencing lah untuk tengok samada ada jangkitan kuman dalam air kencing menyebabkan discharge tu....dia pun setuju....aku kena ambik slow step....kalo tak aku akan dapat patient yang abscond cm kes yang pertama....

Bila result air kencing balik....UFEME normal (maksudnya bukan jangkitan kuman dalam air kencing)....aku selitkan juga ujian utk UPT (urine pregnancy test).....apa resultnya????

POSITIVE.....

aduh....apa dah jadi ni....baru je 16 tahun....masih hingusan...kain sekolah pun diconteng2 cam budak2 lagi tapi dah pandai...........aaaaaaaaaah, aku tak suka!

Pe lagi, aku suruh dia minum air byk2, then buat scan.....

baby yang happily berenang dalam uterus adik tu....
Lebih kurang 10 weeks....subhanaAllah....
aku tanya adik tu nak tau apa yang ada kat dalam perut dia....aku tunjuk....baby bergerak gembira...dia terus menangis......kenapa?

aku panggil maknya....aku tunjuk scan tu dan cite tentang UPT, mak dia pun nangis.....katanya, dia selalu rasa kelopak matanya berkelip2 sebelah kiri ibarat org kata....ada sesuatu yang buruk bakal berlaku....rupanya ini yang berlaku....


terus aku korek cite dia....rupanya budak hingusan tu da berkecimpung dalam dunia ni sejak tingkatan 1 lagi....dia dah pun pernah wat report polis utk rape kes tapi bukan rape, suka sama suka....astaghfirullah....tingkatan 1....apa yang kita tahu dulu?

Ni kes yang kedua....kes pertama aku...berlaku semasa di teluk intan....seorang budak berumur 20 tahun datang dengan ayahnya....ayahnya sangat curious kenapa anaknya bengkak kaki selama berbulan2....aku tanyalah symptoms tentang masalah buah pinggang dan jantung tapi tak de.....cuma kaki bengkak...aku bincang dengan MO, dia suruh tanya LMP dan ambik UPT....aku tanya LMP, dia cm kelentong je...

aku antar lah renal profile dan UPT......resultnya, UPT POSITIVE....aku cakap kat budak tu aku nak examine perut...dia bagitau aku yang perut dia besar skit baru lepas makan.....nape dia nak mention that?


Besar perut dia, cam baby term....sebab dia badan agak berisi, bila duduk dan berdiri tak nampak sangat...aku ingat nak wat scan...sambil tu aku g tanya soalan yang dia pernah buat hubungan dengan sape?dia dengan muka innocent, cakap takde...aku bagitau yang keputusan UPT tu....tapi aku tak scan lagi dan tak bagitau ayah dia lagi....mesin scan takde masa tu...

aku minta untuk ulang UPT tu sebab mungkin silap patient.....dia pun bagi air kencing dan hantar makmal lagi....POSITIVE...tapi bila aku panggil patient tu, dia dah takde....dia abscond....memang dia da tau pregnant cuma tak nak ayah dia tau......dia tipu aku dan aku tertipu.....huhu...terlepaslah dia....tak tau apa jadi kat anak tu.........

Sunday 27 March 2011

Kenapa jadi doktor?

Teringat kenangan semasa di zaman persekolahan dulu.........aku ingat lagi masa sekolah rendah, dalam report kad kene tulis senarai cita2 mengikut keutamaan sebanyak 3 jenis....

Aku selalu tulis : 1. Guru, 2. Polis, 3. tak ingat pe....tapi yang ketiga tak tetap,just tulis je keja yang ada....tapi guru dan polis memang minat.....








Kenapa minat dua keja ni?....Guru, sebab da ari2 mengadap muka cikgu...polis, sebab ada cite gerak khas....best tul....kononnya nak tegakkan keadilan utk yang tidak bersalah dan membenteras kejahatan.

Tapi setelah memasuki alam sekolah menengah, takde pula kena tulis cita2 tu....aku pn tak tahu nak jadi apa....Guru kot..cuma belajar je, maintain akademik...buat yang terbaik.....tak pernah pun jadi pelajar terbaik....masa tgkatan 4&5 pn bukan aku pilih aliran sains, tapi ikut akademik aku je....belajar je....belejar....and belajar....

aku cuba dapatkan keputusan yang boleh membanggakan ibuayah aku supaya mereka dapat naik pentas ambik anugerah cemerlang dalam PMR atau SPM tapi aku tak berpeluang.....

Tapi keputusan SPM ku layak untuk memohon matrikulasi....aku ambik aliran sains tulen sebab kat sekolah menengah tu yang aku belajar......fizikal tak minat, tak terer fizik...

Suasana belajar kat matrikulasi sangat best masa tu....


Setiap apa yang aku tak faham masa lecture, terus g bilik guru, tanya...memang masa tu semua pelajar proaktif macam aku...hehe...lagipun best jadi anak murid kesayangan guru, berkat....

alhamdulillah, aku dapat cemerlang masa 1st semester....dapatlah aku bawa ayah aku naik pentas ambik anugerah...alhamdulillah.....

tapi 2nd semester, aku merosot skit....matematik aku lingkup skit, masa exam, aku tak sihat...tak dapat nak fikir dengan betul.....tulah kesihatan sgt penting masa nak hadapi exam....

Bile keputusan keseluruhan dapat, aku tak dapat cemerlang tapi boleh lah mohon perubatan....aku dan kawan sebilik serta kawan depan bilik berpakat untuk ambik perubatan....

Kami pun mohonlah.....akhirnya dapatlah panggilan buat perubatan kat Universiti Kebangsaan Malaysia....sama ngan kawan sebilik....tapi kawan depan bilik dapat universiti lain dan seorang lagi ambik pergigian....(katanya nak luangkan masa pada keluarga kalo kahwin, yelah doktor gigi tak sibuk mana)

Begitulah kisah bagaimana aku dapat melibatkan diri dalam dunia perubatan.....aku benci bahasa inggeris tapi dah masuk perubatan, semuanya BAHASA INGGERIS.....huhu....terkial2  aku belajar....tahun pertama je, aku dah terkantoi.....tapi alhamdulillah....aku berjaya tamatkan belajar medic selama 5  tahun...tak de extend....bersyukur sangat2....

Sekarang aku telah pun menjadi 'public servant' selama 2 tahun lebih....hidup makin mencabar......
Baru sekarang aku berfikir....kenapa sebenarnya aku jadi doktor? kerana bernasib baik????

wallahualam.....Allah yang aturkan hidup aku.....aku yang buat pilihan ini, bukan paksaan dari ibuayah atau sape2...jadi aku tak boleh nak salahkan sape2 kalo aku dah tak tahan jadi doktor ni....
Ayah nak aku jadi cikgu sebenarnya.....tapi bila aku telah berjaya jadi doktor....mereka bersyukur....yelah aku satu2nya doktor dalam keturunan aku.....tak de sape pun jadi doktor sebelum aku....

ALHAMDULLILLAH.....aku bersyukur dan aku ingin menjadi hamba yang sentiasa bersyukur hingga ke akhir hayatku.....amiin....

Saturday 26 March 2011

Ujian berlainan setiap manusia

astaghfirullahal'azim.....

Aku mohon ampunanMu ya Allah.....
Setiap manusia yang ada dimuka bumi ini pasti telah melalui ujian yang pelbagai.....tapi sedarlah...setiap ujian yang diberikanNya adalah untuk kebaikan kita...bukan untuk menganiaya diri kita.

Kerana kita tahu bahawa yang menjadikan kita adalah Allah rabbul Jalil,kan? Makanya, DIA tahu apa yang DIA buat kepada kita....cuma akal kita yang cetek ini kadang2 tidak sedar dan sentiasa mengeluh bila ujian menimpa......

Yelah, kita manusia biasa....bila ujian menimpa diri, kita pasti akan melatah.....menangis....menyesali....merasakan diri tiada lagi harapan dalam hidup ini....tu semua akan menyebabkan dirimu jadi lebih teruk dan pasti akan di diagnose as depression....

Oleh itu, sedarlah wahai manusia....kita hanya hambaNYA....ujian yang melanda akan menyedarkan kita bahawa Allah sayangkan kita....DIA nak kita mendampingi DIA....DIA nak kita kembali kepada fitrah.....

Ya Allah...aku bersyukur atas segala nikmat dan ujian yang KAU berikan....KAU jadikanlah aku seorang yang redha dalam menghadapi ujianMU ini.....amiin

Aku berharap aku dapat hadapinya dengan pertolongan ALLAH.....


Friday 11 March 2011

aku yang serba kekurangan...

dah lama tak update blog....bukannya apa....diri ini bukanlah jenis yang suka meluahkan apa yang terpendam di hati.....suka pendam sehingga jadi 'barah' dalam hati ini....


aku telah dikurniakan banyak anugerah yang ada org lain tak dapat tapi adakah aku bersyukur atas apa yang dikurniakanNYA?

aku insan yang tak punya apa2 kelebihan...hanya serba kekurangan....

Wednesday 2 March 2011

sabar ummi...

Anak....merupakan anugerah yang tidak ternilai yang Allah kurniakan dalam sesebuah keluarga....alhamdulillah,kita patut bersyukur dengan anugerah Allah ini....

biar comot macam mana pun anak kita, bila kita pandang wajahnya yang suci dari dosa itu.....subhanaAllah...sejuk je terasa hati ini...

nabihah usia 1 thn





tapi...kerana tekanan kerja yang menyebabkan kepenatan badan ni membuatkan kita kadang2 jadi lupa bahawa anak kita perlukan perhatian dan kasih sayang dari kita selaku ibubapanya.....
setelah 9 jam masa kita habis di tempat kerja dan masa anak kita habis di rumah pengasuh, inilah masa yang tinggal untuk kita bersama anak2 kita....adakah kita membiarkan kepenatan kita menghancurkan harapan dan kerinduan anak kita pada kita?

Oleh kerana stress dan penat itu, kita berkasar dan meninggikan suara kepada anak kita yang rindu pada kita....yang mengharapkan perhatian kita?



ummi minta maaf sayang....ummi terlalu ikutkan perasaan dan stress yang membelenggu diri ummi...kalau boleh ummi nak duduk kat rumah bersama sayang tapi ummi ada tanggungjawab lain....ummi ada tanggungjawab kepada masyarakat yang perlukan bantuan ummi....sayang pasti suka kalau ummi tolong orang,kan? ummi juga rindu pada sayang....walaupun hanya berpisah 9-10 jam je....ummi berjanji akan berubah dan tidak akan bawa stress kerja ke rumah....biarlah masa yang tinggal untuk kita bersama menjadi masa yang berkualiti...insyaAllah...ummi tak ingin sayang jadi kasar disebabkan kekasaran ummi....ummi doakan agar nabihah jadi anak yang berakhlak mulia dan solehah di dunia dan akhirat......amiiin

Bila berjauhan dengan anak, baru terasa bersalah dengan kesilapan yang telah kita lakukan terhadapnya selama ini....adakah kita telah terlambat??....belum lagi! bersyukurlah kerana kita masih punya hati dan akal yang sihat yang boleh berfikir secara waras untuk muhasabah diri....Ya Allah...beri aku kekuatan dan ketabahan dalam mendidik anak-anakku menjadi anak yang taat kepadaMU dan ibubapanya dan berakhlak mulia.....amiin...

Stress yang tidak terkawal akan menyebabkan kesan yang banyaknya negatif sperti yang kat bawah ni.....

kesan stress dalam diri kita







adakah kita perlu membiarkan stress menghancurkan hati anak kita? adakah kita perlu membiarkan stress membuatkan anak kita rasa lebih dapat kasih sayang dari pengasuhnya daripada ibubapanya sendiri?

buat diriku yang selalu terlupa.....