Saturday, 26 March 2011

Ujian berlainan setiap manusia

astaghfirullahal'azim.....

Aku mohon ampunanMu ya Allah.....
Setiap manusia yang ada dimuka bumi ini pasti telah melalui ujian yang pelbagai.....tapi sedarlah...setiap ujian yang diberikanNya adalah untuk kebaikan kita...bukan untuk menganiaya diri kita.

Kerana kita tahu bahawa yang menjadikan kita adalah Allah rabbul Jalil,kan? Makanya, DIA tahu apa yang DIA buat kepada kita....cuma akal kita yang cetek ini kadang2 tidak sedar dan sentiasa mengeluh bila ujian menimpa......

Yelah, kita manusia biasa....bila ujian menimpa diri, kita pasti akan melatah.....menangis....menyesali....merasakan diri tiada lagi harapan dalam hidup ini....tu semua akan menyebabkan dirimu jadi lebih teruk dan pasti akan di diagnose as depression....

Oleh itu, sedarlah wahai manusia....kita hanya hambaNYA....ujian yang melanda akan menyedarkan kita bahawa Allah sayangkan kita....DIA nak kita mendampingi DIA....DIA nak kita kembali kepada fitrah.....

Ya Allah...aku bersyukur atas segala nikmat dan ujian yang KAU berikan....KAU jadikanlah aku seorang yang redha dalam menghadapi ujianMU ini.....amiin

Aku berharap aku dapat hadapinya dengan pertolongan ALLAH.....


No comments:

Post a Comment