Teringat kenangan semasa di zaman persekolahan dulu.........aku ingat lagi masa sekolah rendah, dalam report kad kene tulis senarai cita2 mengikut keutamaan sebanyak 3 jenis....
Aku selalu tulis : 1. Guru, 2. Polis, 3. tak ingat pe....tapi yang ketiga tak tetap,just tulis je keja yang ada....tapi guru dan polis memang minat.....
Kenapa minat dua keja ni?....Guru, sebab da ari2 mengadap muka cikgu...polis, sebab ada cite gerak khas....best tul....kononnya nak tegakkan keadilan utk yang tidak bersalah dan membenteras kejahatan.
Tapi setelah memasuki alam sekolah menengah, takde pula kena tulis cita2 tu....aku pn tak tahu nak jadi apa....Guru kot..cuma belajar je, maintain akademik...buat yang terbaik.....tak pernah pun jadi pelajar terbaik....masa tgkatan 4&5 pn bukan aku pilih aliran sains, tapi ikut akademik aku je....belajar je....belejar....and belajar....
aku cuba dapatkan keputusan yang boleh membanggakan ibuayah aku supaya mereka dapat naik pentas ambik anugerah cemerlang dalam PMR atau SPM tapi aku tak berpeluang.....
Tapi keputusan SPM ku layak untuk memohon matrikulasi....aku ambik aliran sains tulen sebab kat sekolah menengah tu yang aku belajar......fizikal tak minat, tak terer fizik...
Suasana belajar kat matrikulasi sangat best masa tu....
Setiap apa yang aku tak faham masa lecture, terus g bilik guru, tanya...memang masa tu semua pelajar proaktif macam aku...hehe...lagipun best jadi anak murid kesayangan guru, berkat....
alhamdulillah, aku dapat cemerlang masa 1st semester....dapatlah aku bawa ayah aku naik pentas ambik anugerah...alhamdulillah.....
tapi 2nd semester, aku merosot skit....matematik aku lingkup skit, masa exam, aku tak sihat...tak dapat nak fikir dengan betul.....tulah kesihatan sgt penting masa nak hadapi exam....
Bile keputusan keseluruhan dapat, aku tak dapat cemerlang tapi boleh lah mohon perubatan....aku dan kawan sebilik serta kawan depan bilik berpakat untuk ambik perubatan....
Kami pun mohonlah.....akhirnya dapatlah panggilan buat perubatan kat Universiti Kebangsaan Malaysia....sama ngan kawan sebilik....tapi kawan depan bilik dapat universiti lain dan seorang lagi ambik pergigian....(katanya nak luangkan masa pada keluarga kalo kahwin, yelah doktor gigi tak sibuk mana)
Begitulah kisah bagaimana aku dapat melibatkan diri dalam dunia perubatan.....aku benci bahasa inggeris tapi dah masuk perubatan, semuanya BAHASA INGGERIS.....huhu....terkial2 aku belajar....tahun pertama je, aku dah terkantoi.....tapi alhamdulillah....aku berjaya tamatkan belajar medic selama 5 tahun...tak de extend....bersyukur sangat2....
Sekarang aku telah pun menjadi 'public servant' selama 2 tahun lebih....hidup makin mencabar......
Baru sekarang aku berfikir....kenapa sebenarnya aku jadi doktor? kerana bernasib baik????
wallahualam.....Allah yang aturkan hidup aku.....aku yang buat pilihan ini, bukan paksaan dari ibuayah atau sape2...jadi aku tak boleh nak salahkan sape2 kalo aku dah tak tahan jadi doktor ni....
Ayah nak aku jadi cikgu sebenarnya.....tapi bila aku telah berjaya jadi doktor....mereka bersyukur....yelah aku satu2nya doktor dalam keturunan aku.....tak de sape pun jadi doktor sebelum aku....
ALHAMDULLILLAH.....aku bersyukur dan aku ingin menjadi hamba yang sentiasa bersyukur hingga ke akhir hayatku.....amiin....
No comments:
Post a Comment