Sunday, 5 February 2012

kehidupan sekarang

Assalamualaikum....

lama sudah aku tidak menjenguk ke blog ini....aku terlalu sibuk sehingga tak de masa utk aku menjenguk....
alhamdulillah, aku dah dapat tukar bekerja di klinik kesihatan, makanya aku akan bekerja office hour..dapatlah aku kurangkan kos utk pengasuh dan banyaklah masa utk aku bersama anaka2 dan dapatlah aku buat kerja surirumah......
memang aku berharap sangat dapat pindah KK (klinik kesihatan) selepas aku abis berpantang...mulanya urusan perpindahan aku adan suami kene tolak...tapi dikatakan rezeki dari Allah, ada kawan lama nak pindah hospital kat selangor tapi dapat KK, dia tukar dgn aku.....tapi aku jelah, suami still tak dapat..huhu

aku dapat duduk quarters, jadi kuranglah kos sewa rumah dan xyahlah cari rumah sewa....

memang kos kurang, dan pengasuh pun terbaik....tapi suami still sibuk dgn onkol dan locum dia....aku bole ambik locum tapi sebab anak2, aku taknak ambik (memang tak pernah buat since jadi MO)...aku cuti, suami bkerja, aku bekerja, suami cuti( ni bukan cuti rehat).....aku adalah ambik passive call sebab dok kat kuarters...dapatlah tampung bayar hutang2 kami yg ada...

apa erti kehidupan ini? wallahualam.....

yang penting aku kene sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan....ada org lain yang lebih banyak dan berat ujiannya berbanding aku....

ingatlah, jangan kamu katakan kamu beriman sedangkan kamu belum diuji.....

sekarang, anak2 dah ,membesar.....alhamdulillah, depan mata aku....hafidzuddin dah mula sgt aktif dan kakak pula dah mula banyak bercakap.....
anak2 main kemas2 kat rumah besar

Sunday, 29 January 2012

didiklah hati terpandu ke jalan Allah

bila hati mengadap tuhan, baru kusedar ada kelemahan...
terasa kerdil berbanding yang Esa, terharu terfikir betapa agungnya...tuhan.....

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurgaMu,
namun tak berupaya menghadapi api nerakaMU,
terimalah taubatku dan ampunkan dosa-dosaku......
Inginku ubah cara hidupku yang lalu,
menjadi hamba yang diredhai selalu..
tiada palsu wahai tuhanku
Allah yang satu..

Kuakhiri sujud dengan doa, semoga dikabulkan hajat
dijauhkan duka lara, kuharap terimalah taubat..........



sesungguhnya kita ini hamba Allah yang tidak pernah terlepas dari kelupaan, kelemahan dan sebagainya.....bukan semua orang dapat merasai hidayah dari yang Esa.....
bila hidayah itu datang, rebutlah dan jangan abaikan, inilah tanda kasih sayang Allah pada kita...
inilah masanya kita kembali ke jalan yang Allah redhai....
ingatlah, JGN KAMU MENGAKU BERIMAN, JIKA BELUM LAGI DIUJI!

Friday, 12 August 2011

ni lah hasilnya....

assalamualaikum......

dah lama blog ni bersarang....sibuk, lebih2 lagi bulan ramadhan ni....dgn anak tak sihat, diri sendiri pun tak sihat.....subhanaAllah...

dalam post yang lama, aku ada cerita ttg pengasuh2 yg aku nak pilih,kan? tahu tak apa keputusan yang aku ambil sebelum kerja aritu?.............aku ambil keputusan memisahkan anak2 aku.....
aku hantar anak sulongku pada pengasuh yang demand sgt tu....dan yang kecik kat pengasuh yang bole bertolak ansur tu....

pengasuh yang aku cakap demand tu, aku panggil sebagai kak A...kak A ada anak2 kat rumah seramai 5 org....dan yang paling kecik 8 bulan....dapat bayangkan tak camne kak A nak jaga kedua2 anakku? oleh kerana kesian kat kak A, aku antar juga anakku yang sulong (nabihah) yang da bole urus diri sendri ...jadi tak lah serabut sgt kepalanya nanti...

pengasuh anakku yang kecik tu, aku panggil sebagai kak I....kak I ada 3 org anak kat rumah dan yang paling kecik 5 tahun, da sekolah prasekolah....kak I juga ada jaga seorang lagi anak staff yang umurnya setahun, belum pandai jalan lagi....jadi, aku yakin kak I bole jaga anakku yang kecik tu (hafidzuddin)...

kesian,kan anak2ku...terpaksa menghadapi perpisahan ini (walaupun hanya 9 jam) hanya kerana nak memuaskan hati kak A.....dan aku tak nak berlaku rajuk  merajuk.....aku tahu yang kak A dah lama teringin nak cari pendapatan tambahan dgn menjaga budak....tapi rezekinya tak muncul tiba....aku fikir, mungkin rezeki kak A ada padaku, jadi aku berikan padanya....

Setelah sebulan berlalu, aku nampak perubahan yang berlaku pada anak2ku....terutamanya yang sulong.....dia jadi pendiam, suka menyendiri dan banyak sgt merajuk.....daripada pandai cakap nak g buang air kecil, sekarang tak lagi. Hanya mengaruk je. KENAPA???? aku tahu bagaimana perangai anakku yang sebenar....tapi bila cmni aku tahu pasti something wrong happened!!

Betul tak? budak2 mana pandai menipu....

Aku tak sempat pun nak selidik....cuma yang aku pasti ada kepura-puraan pada kak A...tak perlu rasanya aku cerita....aku cuma dapat rasakan (naluri seorang ibu), yang anakku kurang kasih sayang, kurang perhatian....aku rasa mungkin kak A terlalu sibuk dgn kerja rumah dan perangai anak2, jadi nabihah terabai sehingga dia tak cakap nak buang air kecil...terus buang kat tempat dia duduk masa tu.....kat rumah pun dia cuma merengek bila nak buang air.....kalo tak dia hanya bersendirian kat tepi tangga dengan teddy bear nye.....pelik lak aku tengok....bila tanya kak A, ok ke nabihah....dia cakap ok.....sehinggalah nabihah demam panas, lemah longlai dia dan aku terpaksa cucuk dia ambik darah....alhamdulillah cuma demam biasa......aku buat keputusan setelah bincang dgn suami utk tidak hantar lagi ke kak A dan hantar ke rumah mertua buat sementara waktu....

alhamdulillah...sekarang nabihah dah kembali seperti asal.....aktif dan ceria.....yelah da dapat sepenuh perhatian dari mbah, kakek dan bibik2nya kat kampung....seronoklah dia....cumanya dia berpisah sekejap ngan adiknya...tapi kami selalu balik jenguk nabihah kat kampung hampir setiap hari.....

hafidzuddin tak de masalah sangat, kalo ada kekurangan kak I akan bagitau aku, dan aku dapat rasakan yang kak I jaga anakku seperti anaknya jugak.....pernah sehari tu, hafidzuddin nak menduga kak I, dia meragam malam2 tak nak tido lagi, tapi kak I still layan hafidzuddin dan termasuk suaminya sekali ikut jaga malam utk layan hafidzuddin.....alhamdulillah....

sekarang, aku buat keputusan utk pindah rumah.....pindah ke quarters hospital...insyaAllah...aku nak jauh dari kak A dan aku nak hantar nabihah ke rumah kak I....lagipun kak I ada anak pompuan 5 tahun, bole ajak bermain dan belajar bersama.......dan yang penting, nabihah takkan rindu kat adiknya lagi.....insyaAllah.....Ya Allah, permudahkanlah urusan kami sekeluarga.....

kakak sayang adiknya



Tuesday, 19 July 2011

chicken pox, ujian Allah

assalamualaikum....

setelah sekian lama diri ini myibukkan diri dengan urusan keluarga dan kerja.....sekarang terpaksa bersendirian tanpa anak2 di sisi kerana aku pula yang dijangkiti chicken pox....nasib baik suami da kene, jadi taklah aku kesunyian sangat.....lagipun laptop ni pun ada, jadi teman.....alhamdulillah....

Sejak suamiku kene chicken pox, aku sentiasa periksa diri sendiri samada ada ke rashes kat badan sendiri atau badan anak2.....bila suamiku da sembuh, aku still periksa diri dan anak2..

Satu hari tu, aku demam tetiba....nasib baik masa tu hari hujung minggu....maka aku tido je kat rumah.....aku tak pasti kenapa aku terlalu lemah....nak menyusukan anak pun terpaksa berbaring sampai aku tertido....nasib baik anakku tak meragam...aku kuatkan juga semangat supaya aku boleh g jemputan kahwin jiranku....lepas balik, aku tido lagi....last2 aku tak tahan, kutelan juga panadol 2 biji stat!....

Alhamdulillah...badanku kembali sihat....kuperiksa badanku samada ada rashes yang meragukan.....subhanaAllah....ada sebijik! vesicular rash...

camni la lebih kurang tapi sebijik je!

Aku terus meluru ke arah suamiku dan menangis......kene chicken pox......huhu
aku istighfar banyak2.....aku tahu segalanya ujian dari Allah....aku menangis kerana aku sedey terpaksa pisahkan anak2 dari ummi ayahnya....

subhanaAllah....bila ujian datang, tanda kasih sayang Allah pada hambaNya tak pernah hilang....segala yang berlaku ada hikmahnya......

Persoalannya....boleh ke aku breastfeeding lagi??....kesian anakku kalo tak dapat susu ibu anugerah Allah ini......aku bertanya pada yang lebih arif dan aku layari website yg ada....aku tak jumpa pun pernyataan yg mengatakan tak boleh bagi breastfeeding bagi ibu yang sedang menyusukan....yang penting kene jaga contact dengan air liur dan kulit kita dengan anak2.....

Ada website yg mengatakan, lebih baik breastfeedingkan baby kita daripada anak kita tak dapat antibodi yang ada dalam susu badan dan daripada kita menderita sakit sebab `engorgement' dan `mastitis'.....

bila aku dapat MC kerana chicken pox ni, aku banyak masa terluang di rumah....banyaklah masa utk aku dekatkan diri dengan Allah, bole study, bole online.....hehe...alhamdulillah...

Tuesday, 21 June 2011

jagalah solat......

astaghfirullahal'azim.....

baru aku tahu sekarang apa yang berlaku dalam keluarga tersebut.......
aku datang ke rumahnya berziarah...tak sangka begini jadinya.......


anak2nya mengamuk dan bergaduh sesama sendiri di kala aku sedang menyiapkan diri utk pulang ke rumah....aku kena balik cepat sebab nak ambik suami post call.....

tetapi aku terpaksa tangguhkan masa....aku terpaksa hadapi masalah mereka ini....pada mulanya, aku tidak masuk campur sebab aku jaga babyku...taknak babyku terancam....tapi bila anaknya panggil aku....
`` kak, tolong mak kak..."


saat itu aku rasa berdebar2...kenapa??? maknya kena belasah ke? maknya pengsan?

aku berdebar juga nak masuk rumah tu dgn babyku....aku gagahkan jugak dan berserah pada Allah...yg penting, aku nak tolong maknya....
bila aku sampai ke dalam rumahnya, kelihatan maknya sedang berbaring lesu di atas kerusi.....apa dah berlaku????sedarkah???

maknya nampak terlalu letih dan tidak bermaya...matanya hanya merenung kosong, mulutnya hanya terkumat kamit, mukanya merah.....anaknya cakap pernah berlaku cmni dulu kerana darah tingginya naik mendadak...masyaAllah...

anaknya terus angkat maknya ke dalam bilik dan aku terus mendapatkannya utk pastikan dirinya hanya sakit biasa.....alhamdulillah, GCS full, bukan stroke...bole bercakap dan meminta utk tidak dibawa ke hospital, cuma dia ada mengadu kebas2 di bahagian kaki dan tangan....dia tak nak pergi hosp atau klinik katanya sebab masalah kewangan dan tak nak masuk wad....aku tak tahu nak cakap macam mana lagi...

seorg mak, kalo sesuatu jadi pada dirinya....``biarlah aku yang tanggung''.....bole difikirkan lagi ttg akibatnya kalo masuk wad...suami tak bole ambik cuti, anak2 kat rumah tak de yang menguruskan......tapi anak2 tak pernah nak fikirkan ttg maknya malah diri mereka sendiri!!!

bila dah jadi begitu baru anak2nya reda dari bergaduh tapi masih lagi dingin, cuma tak mengamuk cam sebelumnya....

puncanya mudah je......salah faham!!!!

sebenarnya, aku terkejut dengan suasana hidup mereka dalam rumah tu.....aku difahamkan bahawa mereka punyai masalah kewangan yang teruncing....tapi aku tengok makanan yang diorg makan, mewah..
masih jugak beli makanan remeh temeh (jajan)......ntahlah...


lagi satu yang aku terkejut..... anak2 mereka tak solat...aku nak solat, disuruhnya pergi ke master room dan bila aku tanya ttg kiblat, mereka tak tahu....aku sentiasa doakan supaya mereka sentiasa dilindungi Allah dan dipermudahkan segala masalah......

then, aku sedar aku tak boleh solat di situ setiap masa, kalo solat isyak dan subuh camne...mereka mesti duduk kat dalam bilik tu....aku pun bercadang utk solat di bilik belakang@stor...aku tanya ttg sejadah....rupanya sejadah hanya ada satu je kat master room!! hanya mak ayahnya yang solat??

aku malu dan terasa iman ni terlalu lemah sehinggakan aku tak mampu nak berkata atau menegur mereka tentang solat...aku sibuk dgn urusan anak2ku..

waktu subuh, aku sedar ayahnya telah bangun awal, seawal 5 pagi...aku tengok cam sedang sibuk mengemas....aku tak tahulah apa yang dikemasnya...tapi after kemas dan dah pukul 8pg, ayahnya keluar tanpa mengejutkan anak2nya......

Ya Allah......aku tak mampu nak berkata apa2....

tapi Allah nak tunjukkan akibatnya tak solat pada anak2nya.....pagi itu jugak berlaku pertengakaran yang amat memalukan.....seperti mereka sedang dirasuk....



Saturday, 18 June 2011

ragam anak2

alhamdulillah....aku bersyukur atas segala anugerah yang Allah kurniakan kepadaku termasuklah anak2 ku ini......anugerah yangtidak ternilai...

tetapi diriku yang lemah ini tidak terdaya kadang2 utk melayan kerenah anak2 yang pelbagai...aktif bagai nak rak....tapi aku sedar jika tanpa dirinya, aku kesunyian yang amat sgt sehingga aku mengalirkan air mata tanpa disedari dan hariku suram tanpa seri.....

kakak nabihah

adik hafidz






mereka semua adalah jantung hati ummi....tanpa mereka ummi tak boleh hidup dgn gembira dan penat......ummi akan jaga dirimu sebaik-baiknya kerana dirimu adalah anugerah dan amanah dari Allah...

kakak, da pandai uruskan diri sendiri....kalo nak apa2, pandai minta...kalo nak terkucil, panggil ummi dan da buka seluar terus....yg tak bestnya sampai bilik air, tak kucil pun...huhu....letih

adik lak, hanya tau nangis dan merengek kalo nak apa2...aku kesian dgnnya....nak apa, kdg2 ummi pun tak tahu sehingga nangis sekuat hati....yg ummi tahu ummi buatkan utk sayang tapi ummi masih tak faham jugak kadang2......

Ya Allah....Kau kuatkanlah hati dan fizikal tubuhku ini agar aku mampu buat yang terbaik buat seisi keluargaku ini.......aku tahu Allah tidak akan mengecewakan doa2 hamba2Nya.....antara cepat atau lambat je.....

Wednesday, 15 June 2011

SUDAHKAH KITA BERSYUKUR