Tuesday, 21 June 2011

jagalah solat......

astaghfirullahal'azim.....

baru aku tahu sekarang apa yang berlaku dalam keluarga tersebut.......
aku datang ke rumahnya berziarah...tak sangka begini jadinya.......


anak2nya mengamuk dan bergaduh sesama sendiri di kala aku sedang menyiapkan diri utk pulang ke rumah....aku kena balik cepat sebab nak ambik suami post call.....

tetapi aku terpaksa tangguhkan masa....aku terpaksa hadapi masalah mereka ini....pada mulanya, aku tidak masuk campur sebab aku jaga babyku...taknak babyku terancam....tapi bila anaknya panggil aku....
`` kak, tolong mak kak..."


saat itu aku rasa berdebar2...kenapa??? maknya kena belasah ke? maknya pengsan?

aku berdebar juga nak masuk rumah tu dgn babyku....aku gagahkan jugak dan berserah pada Allah...yg penting, aku nak tolong maknya....
bila aku sampai ke dalam rumahnya, kelihatan maknya sedang berbaring lesu di atas kerusi.....apa dah berlaku????sedarkah???

maknya nampak terlalu letih dan tidak bermaya...matanya hanya merenung kosong, mulutnya hanya terkumat kamit, mukanya merah.....anaknya cakap pernah berlaku cmni dulu kerana darah tingginya naik mendadak...masyaAllah...

anaknya terus angkat maknya ke dalam bilik dan aku terus mendapatkannya utk pastikan dirinya hanya sakit biasa.....alhamdulillah, GCS full, bukan stroke...bole bercakap dan meminta utk tidak dibawa ke hospital, cuma dia ada mengadu kebas2 di bahagian kaki dan tangan....dia tak nak pergi hosp atau klinik katanya sebab masalah kewangan dan tak nak masuk wad....aku tak tahu nak cakap macam mana lagi...

seorg mak, kalo sesuatu jadi pada dirinya....``biarlah aku yang tanggung''.....bole difikirkan lagi ttg akibatnya kalo masuk wad...suami tak bole ambik cuti, anak2 kat rumah tak de yang menguruskan......tapi anak2 tak pernah nak fikirkan ttg maknya malah diri mereka sendiri!!!

bila dah jadi begitu baru anak2nya reda dari bergaduh tapi masih lagi dingin, cuma tak mengamuk cam sebelumnya....

puncanya mudah je......salah faham!!!!

sebenarnya, aku terkejut dengan suasana hidup mereka dalam rumah tu.....aku difahamkan bahawa mereka punyai masalah kewangan yang teruncing....tapi aku tengok makanan yang diorg makan, mewah..
masih jugak beli makanan remeh temeh (jajan)......ntahlah...


lagi satu yang aku terkejut..... anak2 mereka tak solat...aku nak solat, disuruhnya pergi ke master room dan bila aku tanya ttg kiblat, mereka tak tahu....aku sentiasa doakan supaya mereka sentiasa dilindungi Allah dan dipermudahkan segala masalah......

then, aku sedar aku tak boleh solat di situ setiap masa, kalo solat isyak dan subuh camne...mereka mesti duduk kat dalam bilik tu....aku pun bercadang utk solat di bilik belakang@stor...aku tanya ttg sejadah....rupanya sejadah hanya ada satu je kat master room!! hanya mak ayahnya yang solat??

aku malu dan terasa iman ni terlalu lemah sehinggakan aku tak mampu nak berkata atau menegur mereka tentang solat...aku sibuk dgn urusan anak2ku..

waktu subuh, aku sedar ayahnya telah bangun awal, seawal 5 pagi...aku tengok cam sedang sibuk mengemas....aku tak tahulah apa yang dikemasnya...tapi after kemas dan dah pukul 8pg, ayahnya keluar tanpa mengejutkan anak2nya......

Ya Allah......aku tak mampu nak berkata apa2....

tapi Allah nak tunjukkan akibatnya tak solat pada anak2nya.....pagi itu jugak berlaku pertengakaran yang amat memalukan.....seperti mereka sedang dirasuk....



No comments:

Post a Comment