Pada tanggal 29 Mac 2011@ 8.04pm, aku telah selamat melahirkan anakku yang kedua di Hospital Sungai Buloh....anak lelaki yang beratnya 3 kg.
Aku bersyukur sangat kerana urusan kerjaku dan suamiku di hospital telah selesai....seperti oncall, interview dan lain2. Sebelum tarikh tersebut, aku cuba untuk menahan kelahiranku dulu...aku berdoa agar Allah sentiasa beri yang terbaik buat kami....aku telah pun merasai sakit mengeras sejak seminggu yang lalu tetapi tidak kerap, maka aku abaikan....aku harap aku tidak akn menyusahkan sesiapa especially my husband.....
Setelah urusan yang terpenting selesai pada 28 hb Mac, aku telah mengalami sakit mengeras yang agak kerap. Pada awal pagi 29 hb Mac, aku terlalu sakit sehingga tidak dapaat tidur dengan lena....tetapi aku diamkan...aku tak nak suamiku terpaksa berjaga pagi tu jugak untuk pergi hospital...kerana suamiku baru lepas abis oncall hari sebelumnya...biarlah dia berehat.....pagi subuh, aku bangun.....Ada Show ( salah satu tanda kelahiran selain pecah ketuban iaitu pendarahan)
Aku kejutkan suamiku dan memberitahu bahawa kami perlu ke hospital arini jugak untuk pemeriksaan kelahiran...kami bersiap dan selesai kemas rumah skit, kami bertolak ke Hospital tmpat keja kami, suamiku memeriksa aku dan mengatakan bukaan rahimku telah 2 cm...Kami terus ambil cuti dan terus berangkat ke Hospital Sungai Buloh....Kenapa aku memilih kat sana? hospital tersebut dah familiar bg kami (selalu refer kes ke sana)....lagi satu aku tak berapa tahan sakit...jadi aku pilih untuk bersalin di hospital yang ada pakar, boleh minta epidural kalo tak tahan sakit....tapi aku tak minta....aku guna etonox jer....
ni lah caranya pasang epidural....pakar bius yang akan buat |
nilah etonox yang aku guna...tapi ni hanya gambar contoh |
Sesampai di Hospital Sg Buloh, aku daftar masuk dewan bersalin dan diperiksa sekali lagi bukaan rahimku....telah pun 3 cm....jadi aku ditahan di bahagian latent phase...dan akan direview lagi 6 jam selepas itu.....sementara tunggu, aku banyakkan berjalan dan berdoa agar semuanya berjalan lancar....walaupun ada show, aku tetap menunaikan solat kerana aku tahu show bukan haid atau nifas...
`Jumhur (kebanyakan) ulamak berpandangan; perempuan mengandung tidak boleh didatangi haid. Maka jika seorang wanita melihat darah keluar melalui farajnya semasa ia sedang mengandung, darah itu bukan darah haid, tetapi darah istihadhah. Oleh itu, ia hendaklah mengerjakan solat sebagaimana biasa.'
Selepas 6jam....aku direview dan boleh di bawa ke bilik bersalin....sakit dah kuat dah....MO HSB tgk aku dan wat ARM....setelah sejam, aku pun bersalin....alhamdulillah....sepanjang kesakitan....suami sentiasa disisi dan aku sentiasa menangis kerana bertaubat dari segala dosa2 yang telah aku lakukan selama ini....aku harap sakit itu dapat menghapuskan dosa2ku....dan aku harap aku tidak akan diazab di akhirat nanti....yaAllah, perkenankanlah doaku.....amiin....
ni lah di Muhammad Hafidzuddin....masih kat bilik bersalin |
salam kak..
ReplyDeletetahniah untuk kelahiran anak kedua..
moga mnjadi pengikat kasih akak n suami..
moga anak membesar seperti makna namanya juga.. amin..