Sunday 17 April 2011

bacalah...bagi sesiapa nak pindah rumah baru....

Di bawah ini, antara yang penting dilakukan apabila hendak memasuki rumah baru...tak kisah rumah sewa atau rumah beli.....

Memang kita tak nampak apa yang ada pada rumah yang tidak berpenghuni...tapi sebenarnya ada penghuninya...kita berharap agar penghuni tersebut tidak menganggu kita.....dan semoga dengan izin Allah, ia pergi dari rumah tersebut.....

Dulu, pernah terjadi gangguan di rumah sewa lamaku...tapi gangguan itu bukan padaku atau anakku..ia telah menganggu adikku yang menemani aku ketika suamiku bekerja di tempat jauh dariku...sebenarnya telah byk kali gangguan itu terjadi padanya tetapi dia tidak menceritakan kepadaku...

Pada suatu malam, dia memberiku sms bahawa dia dalam ketakutan dalam bilik...masa tu suamiku ada...kami tidur di ruang tamu tapi adikku tidur di dalam bilik kedua....aku pun masuk ke dalam biliknya dan menyuruhnya keluar....dia pun keluar tapi setelah menjelang pagii berani pula dia masuk ke dalam bilik itu lagi....yelah, dia taknak ganggu kami...

Esok paginya, aku bertanya padanya apa yang sedang berlaku sebenarnya malam tadi.....
dia mulanya enggan bercerita tetapi setelah aku paksa, dia bukakan ceritanya...

Dia telah diganggu teruk malam itu...setiap barang2 yg berdekatan dengannya diusiknya....dan yang dia tak tahan sekali, rambutnya juga diusap....bila aku panggil dia keluar, dia kata dia ternampak makhluk budak kecik sedang duduk di atas tilamnya......wallahualam....

Aku bertekad selepas itu utk membawa adikku dan anakku ke hospital kalo aku onkol dan bertekad juga untuk dapatkan rumah sewa yang baru.....byk juga peristiwa pelik yang berlaku di rumah itu tetapi aku anggap perkara biasa kerana aku tidak boleh takutkan benda selain Allah....lagipun aku bertanggungjawab ke atas keluargaku saat itu....suamiku berada jauh....


 Inginku kongsikan bersama petua yang boleh diamalkan semasa hendak pindah ke rumah baru.....

1. Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah berpesan bahawa sekiranya sesebuah bangunan, pejabat atau rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus yang dikenali sebagai Al-'Ammar. Ia suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca Surah Al-Baqarah  - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah jika dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran – Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, Selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali.



Biarlah rumah kita menjadi `syurga' dunia

No comments:

Post a Comment