Tuesday, 21 June 2011

jagalah solat......

astaghfirullahal'azim.....

baru aku tahu sekarang apa yang berlaku dalam keluarga tersebut.......
aku datang ke rumahnya berziarah...tak sangka begini jadinya.......


anak2nya mengamuk dan bergaduh sesama sendiri di kala aku sedang menyiapkan diri utk pulang ke rumah....aku kena balik cepat sebab nak ambik suami post call.....

tetapi aku terpaksa tangguhkan masa....aku terpaksa hadapi masalah mereka ini....pada mulanya, aku tidak masuk campur sebab aku jaga babyku...taknak babyku terancam....tapi bila anaknya panggil aku....
`` kak, tolong mak kak..."


saat itu aku rasa berdebar2...kenapa??? maknya kena belasah ke? maknya pengsan?

aku berdebar juga nak masuk rumah tu dgn babyku....aku gagahkan jugak dan berserah pada Allah...yg penting, aku nak tolong maknya....
bila aku sampai ke dalam rumahnya, kelihatan maknya sedang berbaring lesu di atas kerusi.....apa dah berlaku????sedarkah???

maknya nampak terlalu letih dan tidak bermaya...matanya hanya merenung kosong, mulutnya hanya terkumat kamit, mukanya merah.....anaknya cakap pernah berlaku cmni dulu kerana darah tingginya naik mendadak...masyaAllah...

anaknya terus angkat maknya ke dalam bilik dan aku terus mendapatkannya utk pastikan dirinya hanya sakit biasa.....alhamdulillah, GCS full, bukan stroke...bole bercakap dan meminta utk tidak dibawa ke hospital, cuma dia ada mengadu kebas2 di bahagian kaki dan tangan....dia tak nak pergi hosp atau klinik katanya sebab masalah kewangan dan tak nak masuk wad....aku tak tahu nak cakap macam mana lagi...

seorg mak, kalo sesuatu jadi pada dirinya....``biarlah aku yang tanggung''.....bole difikirkan lagi ttg akibatnya kalo masuk wad...suami tak bole ambik cuti, anak2 kat rumah tak de yang menguruskan......tapi anak2 tak pernah nak fikirkan ttg maknya malah diri mereka sendiri!!!

bila dah jadi begitu baru anak2nya reda dari bergaduh tapi masih lagi dingin, cuma tak mengamuk cam sebelumnya....

puncanya mudah je......salah faham!!!!

sebenarnya, aku terkejut dengan suasana hidup mereka dalam rumah tu.....aku difahamkan bahawa mereka punyai masalah kewangan yang teruncing....tapi aku tengok makanan yang diorg makan, mewah..
masih jugak beli makanan remeh temeh (jajan)......ntahlah...


lagi satu yang aku terkejut..... anak2 mereka tak solat...aku nak solat, disuruhnya pergi ke master room dan bila aku tanya ttg kiblat, mereka tak tahu....aku sentiasa doakan supaya mereka sentiasa dilindungi Allah dan dipermudahkan segala masalah......

then, aku sedar aku tak boleh solat di situ setiap masa, kalo solat isyak dan subuh camne...mereka mesti duduk kat dalam bilik tu....aku pun bercadang utk solat di bilik belakang@stor...aku tanya ttg sejadah....rupanya sejadah hanya ada satu je kat master room!! hanya mak ayahnya yang solat??

aku malu dan terasa iman ni terlalu lemah sehinggakan aku tak mampu nak berkata atau menegur mereka tentang solat...aku sibuk dgn urusan anak2ku..

waktu subuh, aku sedar ayahnya telah bangun awal, seawal 5 pagi...aku tengok cam sedang sibuk mengemas....aku tak tahulah apa yang dikemasnya...tapi after kemas dan dah pukul 8pg, ayahnya keluar tanpa mengejutkan anak2nya......

Ya Allah......aku tak mampu nak berkata apa2....

tapi Allah nak tunjukkan akibatnya tak solat pada anak2nya.....pagi itu jugak berlaku pertengakaran yang amat memalukan.....seperti mereka sedang dirasuk....



Saturday, 18 June 2011

ragam anak2

alhamdulillah....aku bersyukur atas segala anugerah yang Allah kurniakan kepadaku termasuklah anak2 ku ini......anugerah yangtidak ternilai...

tetapi diriku yang lemah ini tidak terdaya kadang2 utk melayan kerenah anak2 yang pelbagai...aktif bagai nak rak....tapi aku sedar jika tanpa dirinya, aku kesunyian yang amat sgt sehingga aku mengalirkan air mata tanpa disedari dan hariku suram tanpa seri.....

kakak nabihah

adik hafidz






mereka semua adalah jantung hati ummi....tanpa mereka ummi tak boleh hidup dgn gembira dan penat......ummi akan jaga dirimu sebaik-baiknya kerana dirimu adalah anugerah dan amanah dari Allah...

kakak, da pandai uruskan diri sendiri....kalo nak apa2, pandai minta...kalo nak terkucil, panggil ummi dan da buka seluar terus....yg tak bestnya sampai bilik air, tak kucil pun...huhu....letih

adik lak, hanya tau nangis dan merengek kalo nak apa2...aku kesian dgnnya....nak apa, kdg2 ummi pun tak tahu sehingga nangis sekuat hati....yg ummi tahu ummi buatkan utk sayang tapi ummi masih tak faham jugak kadang2......

Ya Allah....Kau kuatkanlah hati dan fizikal tubuhku ini agar aku mampu buat yang terbaik buat seisi keluargaku ini.......aku tahu Allah tidak akan mengecewakan doa2 hamba2Nya.....antara cepat atau lambat je.....

Wednesday, 15 June 2011

SUDAHKAH KITA BERSYUKUR

Monday, 13 June 2011

macam2 perasaan...

assalamualaikum.....

selamat datang kembali semua....dah lama tak update blog ni...sibuk..
dulu masa kerja, asyik sibuk...rasa cm nak jadi surirumah tapi bila cuti jadi surirumah tangga sementara, barulah rasa....tak ada kerja yang tak penat...yang tak stress......

TAK ADA!!

semoga Allah beri kekuatan pada diri ini utk sentiasa istiqamah dalam setiap langkah selagi nyawa dikandung badan.....amiin

segala kekuatan adalah anugerah dariNYA....

sekarang aku sibuk menguruskan hal anak2 aku sendiri di samping aku menguruskan hal2 aku sendiri seperti simpan EBM.....matlamat aku nak simpan EBM sebelum aku naik kerja....aku harap aku bole kmpul byk2....aku ingat nak ambil cuti menyusukan tapi TANPA GAJI.....tu yang aku tak mampu nak teruskan niatku....biarlah masa yang ada ni tinggal sedikit tapi berkualiti.....thanks to my sister sebab temankan aku kat rumah....tak lah aku rasa keseorangan kalo anakku meragam....

aku juga pening kepala fikirkan ttg pengasuh anak2ku nanti.....sebelum ni, si kakak dah ada pengasuh tapi pengasuhnya minta berhenti kerana tak mampu jaga ankku....katanya kerana dia sibuk dgn bisnes keluarga....aku harap bukannya sebab aku yang kekurangan...aku dah tanya, dia kata bukan sebab aku tapi sebab bisnes itu....aku redha...

aku kene cari org lain....aku dah ada seorg surirumah yang merupakan jiran aku juga...yang menawarkan diri utk jaga anak2ku...aku dah jumpa dan diskus sebelum aku bersalin lagi....tapi selepas aku bersalin aku pun bincang ttg bayaran yang dikenakan.....SUBHANAALLAH....byk sungguh, pastu suruh aku hantar sebulan awal ke rumahnya....adakah patut?? bagi kami, kami tak mampu nak beri bayaran sebegitu tinggi....aku tau mungkin dia ingat kami doktor, mampulah nak bayar....tapi kami ni baru je bekerja dan.......duit gaji kami ni bukan utk kami pun....kalo tgk cara kami berpakaian, dalam rumah kami....kami tak mewah!!! kami cam org biasa gak cumnya kami byk hutang2....dan keluarga kami sgt2 memerlukan bantuan kami.......tentulah kami dahulukan keluarga kami....tu yang rasullullah saw pesan....

dua hari lepas, aku  jumpa lagi seorg surirumah....alhamdulillah, bayarannya kami mampu terima....orgnya pun taklah desperate sgt.....hati aku lebih ke arah yang ini....tapi fikiranku masih ada rasa kesian dgn kakak yang first tadi.....dia merayu kat aku supaya aku hantar anak2ku ke rumahnya....dia janji akan terima berapa je bayaran.....sebenarnya dia perlukan duit utk raya nanti.....tapi jgnlah sampai cekik darah....sehingga dua kali ganda bayarannya dan kene hantar awal maka dapatlah duit awl abis aku dok rumah tercangguk kesunyian......sebenarnya dia tak memahami cara aku bekerja...tu lagi susah...nanti bila ada perkara yang adhoc, pasti akan ada masalah......

kakak yang kedua pula, dah biasa jaga budak2....dia pun tak kisah nak bagi berapa....dia pun cuba memahami kerja kami berdua....walaupun dia tak pernah jaga anak doktor tapi dia cuba memahami...aku harap dia juga memahami yang aku ni bukannya org mewah....

Aku kene wat solat istikharah......aku mohon agar Allah beri aku petunjuk ke arah jalan yang KAU redhai dan mudah bagi kami......amiin..